3. Deli

 

dari celah2 daun pokok keladi mentari pagi memancar cahayanya membuatkan si kodok kurang selesa. baru kejap tadi dia tidur enak diselimuti embun tapi sekarang dah nak kena bangun. si kodok mengeliat dua tiga kali sambil menguak lantang memaklumkan kepada sekelian alam yang dia telah bangun.

sesungguhnya rezeki dia murah sekali pagi tu, sekor lalat sesat menonong nonong terbang menghampiri bangkai lipan yang hampir kering tidak jauh dari kedudukannya. si kodok tenang merendahkan kepalanya bersedia untuk satu lompatan mantap untuk menerkam mangsanya. pandangannya tajam mengamati tingkah ‘sarapannya’ pagi itu.

tatkala si lalat menjejakkan kakinya ke tanah dan muncungnya mencium bangkai si lipan, si kodok dengan segenap tenaganya melompat dari teduhan daun keladi tempat beradunya semalam, desiran angin laju melibas wajahnya, matanya tajam menatap sasaran dan pabila tubuhnya semakin menjatuh, sikodok melancarkan jeliran lidahnya laju ke arah si lalat, teknik yang amat dibanggakannya kerana menangkap mangsa ketika tubuhnya masih di udara merupakan teknik pemburuan tahap tertinggi dan kerana itu jugalah dia dikagumi ramai kodok2 betina di situ. tetapi tidaklah si kodok tahu yang hari itu merupakan titik penting di dalam sejarah hayatnya.

tatkala lidahnya hampir menepati sasaran tiba tiba si kodok merasakan tubuhnya dihentam keras, bagaikan dibelasah dengan sebatang balak, tubuhnya bagaikan remuk, dia terpelanting jauh dari situ dan lidahnya yang masih terjelir meragut segala duri keman di tanah, lukanya parah, si kodok pitam.

“BODOH!!, yang kau pegi sepak katak tu apahal!!?” abang mel menghayun satu sepakan padu ke arah bontot deli, tindakan separa spontan itu menggunakan lebih tiga per empat daripada keseluruhan kekuatan tendangannya. sangat kuat dan sangat pantas. andainya menepati sasaran, pasti mangsanya akan tidur menonggeng untuk beberapa bulan.

“allamak!! maaf atuk, tak sengajalah!!” jerit deli tanpa sempat menoleh, kaki kirinya cepat menginjak tanah melompatkan dirinya sedikit ke kanan, tindakan deli menyebabkan tendangan abang mel tersasar dan dalam sekelip mata, tatkala kaki kanannya mencium tanah, deli buka langkah seribu meluru ke depan, meninggalkan abang mel di belakangnya.

“aaatuuukkk…deli tunggu kat kedai lah ye…!” berdesup deli hilang dari pandangan.

“heh!” abang mel tersenyum sumbing. separa marah dengan cucunya itu dan separa bangga. tidak ramai yang tahu tetapi kekuatan dan kepantasan tendangan abang mel pernah menggegarkan bumi Dassira sepuluh tahun yang lalu. tidak ramai pendekar yang dapat mengelak tendangan pantasnya.

>>>> 1

2. Kretek

 

“Banyak ikan hari ni Joji?” tanya suara garau tetiba memecah hening pagi.

“huh! ada la.. banyak selayang biru ari ni, ko nak ke?” balas Joji, tanpa menoleh kepala, dia kenal suara garau tu, si tua tak sedar diri, merata kampung dijaja gelaran abang ke atas dirinya. tapi kekadang bagi Joji, tindakan abang mel tu merapatkan jurang komunikasi antara mereka, Joji yang sepuluh tahun lebih muda tidak segan membahasakan dirinya kau dan aku dengan abang mel. dia juga tidak segan untuk bergurau dengan orang tua tu, boleh tahan jugak la tahap lawak bengong orang tua tu, berkali-kali Joji pecah perut melayan senda orang tua tu. Tangan Joji laju mengasingkan ikan kecil dan ikan besar ke bekas berlainan.

“selayang! selayang! orang sini mana tau selayang tu menatang apa!” tegas abang mel garang tetapi tidak sikit pun Joji gentar, dia tau orang tua tu suka berseloroh, serius dia bermakna gurauan, serius dan garang maknanya dia cuba buat lawak bangang.

“sardin! sardin!” jelasnya lagi tatkala Joji seolah tak memperdulikannya. api rokok daunnya yang kini padam dinyalakan semula.

“surya ada tak?”tanya abang mel sambil tersengih.” aku punya dah dua ari abis”. tambahnya sambil memutar-mutar rokok daun yang sedang disedutnya.

“hish! engkau ni, tunggu lah kat rumah nanti, nampak dek jaga kampung nanti tak ke naya aku” balas Joji sambil matanya tajam memandang ke sana sini, bagaikan memeriksa garisan (check line). riak wajahnya sedikit cuak.

“alah! gelap pagi lagi ni, mana ada orang nak perasan”

“hish! orang tua ni…” balas Joji seraya membantah namun dia kenal sangat si Mel ni, kalau dia nakkan sesuatu, dia mesti dapat.

>>> 1

“ah naiklah!” ajak Joji dan sebelum sempat dia mengalihkan pandangannya ke arah abang mel, bahunya ditepuk dari belakang. orang tua tu dah tegak tersengih di belakang dia.

“hoh!” tersentak juga Joji dibuatnya.

“hebat lagi orang tua ni” detik hatinya lagi.

Bot Joji yang setinggi 15 kaki tu bagaikan tidak memberi halangan kepada abang mel, semudah ABC dia melompat dari pelantar jeti ke atas bot.

Joji menyeluk kain batik lusuh yang membelit kepalanya dan mengeluarkan 2 kotak rokok kretek berjenama Surya lalu dihulurkannya kepada abang mel. semakin lebar sengih orang tua tu.

“jangan pulak ko cakap kat orang mana ko dapat benda ni, nanti tak pasal-pasal aku kena cekup”

“alah ko ni macam tak biasa ngan aku la pulak” sebatang rokok kretek tu dah pun dilarikan di depan hidungnya, menikmati aroma cengkih, kembang kempis lubang hidung orang tua tu.

Kampung diorang tu namanya Dassira, kampung Dassira Jaya (baca ala2 James Bond menyebut namanya). rokok kretek diharamkan di situ. sekiranya hendak dibawa masuk juga dari tanah seberang, pemerintah Dassira mengenakan cukai 15 kali ganda dari harga asal rokok tu, semua tu gara2 orang kaya darat Datuk Ajiji Lajali merasuah pemerintah Dassira, Megat Hamjah Jaki Ajijul. Datuk Ajiji dan Megat Hamjah berbesan maka besarlah hikmat kekeronian antara mereka.

Datuk Ajiji punya banyak tanah dan memandangkan tembakau adalah komoditi yang sangat bernilai di pasaran semasa, semua tanah dia penuh dengan tanaman tembakau.

“ko ada jumpa kapal pecah ke karam tak kat laut?” Mel menghembus asap rokok kreteknya ke atas, memerhati kepulan asap putih berderai tatkala di tampar bayu lembut laut di hening pagi.

“kapal pecah?” Joji menegak dari bongkoknya, beberapa ekor ikan masih di gemgaman.

wajahnya tepat memandang abang Mel, “apasal? seperasan aku tak de la pulak!” ikan2 tadi lantas di campakkan ke raga rotan di hadapan mereka, sekor tercampak keluar sebab raga tu dah penuh.

mel diam tak menjawap, cuma pandangan dia je serius sikit. Joji tau dia tak boleh bergurau pada saat ni. joji dah masak dengan perangai orang tua ni, dia tahu bila masa nak bezakan serius lawak dan serius betul2 orang tua tu.

“Jabir, ko ada perasan tak kapal pecah ke karam ke kat tengah laut tadi?” laung Joji kepada anak kapalnya yang asyik mengaut ikat dari dalam tangki di perut kapal.

“karam? tak la pulak bang!” terpinga wajah Jabir, sekejap memandang Joji di atas dek sekejap memandang Sarip di sebelahnya, sekejap ke atas sekejap ke sebelah, matanya terkebil-kebil seakan takut salahnya sebab tak perasan perkara sepenting itu. dah menjadi resam pelaut membantu pelaut-pelaut lain yang ditimpa celaka, amalan sejak lama dulu lagi.

“tak tau lah masa ribut awal malam tadi bang, saya ni rabun, tak nampak sangat, kena pulak abang tidur, si Jabir ni tengah masak” celah si Sarip bila terperasan renungan maut Joji hinggap di bulu keningnya. sedikit peluh dingin meleleh di pelipis dahi Sarip. kedua-duanya cuak melihat riak serius di wajah Joji, juragan diorang tu boleh tahan baran dia dan silap hari bulan boleh terseliuh tulang belikat diorang kena belasah dek Joji, macam Deli pernah kena dulu.

“ah! Deli mungkin perasan kot! dia yang pandu kapal malam tadi” tambah Sarip lagi.

“eh! Deli mana!?” serentak soalan itu terpacul dari mulut mereka bertiga.

“huwarrrggghhhh…hwahaff!” bunyi menguap sayup kedengaran dari dek kemudi, mempengaruhi tahap kemalasan tiap tubuh yang mendengarnya dan sambil menggosok mata, Deli menjengokkan kepalanya ke bawah seakan tahu yang ada manusia sedang membualkan perihal dirinya.

Bedebik!! seekor ikan tongkol hinggap tepat di wajahnya. “apahal!!!” bengang Deli dengan serangan mengejut tu lantas dia bangun dan… bedebik!! kali ni ikan kerapu, besar sedikit dari ikan tongkol tadi. “hoi!!” dan sebelum sempat Deli meneruskan ayatnya seekor ikan pari besar kelihatan melayang deras kearah wajahnya, Deli genggam erat buku limanya dan tatkala angin pari mencicah wajahnya Deli mengacungkan penumbuknya laju ke atas, melambung ikan pari tu tinggi ke langit “yossshhhhaaa!!!” jerit Deli lantang dan tatkala dia memalingkan wajah ke arah penyerang seekor ikan kembung kecil hinggap tepat di dahi Deli, kuasa serangan yang tidak disangka itu membuat dia hilang keseimbangan, Deli jatuh terduduk, dia tewas.

“YOSSHHHAA KEPALA HANGGUK ENGKO!!!” jerkah Joji dari dek bawah, “orang tengah sibuk buat kerja, engkau sedap je tidur!!” urat dahinya tertonjol, berdenyut-denyut menegang.

“engkau ada perasan kapal pecah ke karam tak dalam ribut semalam!?” tanya Joji mengawal geramnya.

Deli bangun sambil menggosok dahinya.

“takde la pulak bang” jawapnya tersengih lalu terjun ke dek menghampiri Joji.

” tapi ribut malam tadi kuat betul bang, kilat sabung menyabung” Deli menghulurkan tangannya bersalam dengan abang Mel.

“apa khabar atuk?”

kata-kata Deli tu membuatkan setiap pasang mata disitu teralih kearah Abang Mel, spontan, tambah lagi si Jabir, dia yakin Deli mesti kena belasah dengan abang Mel.

“huh! baik” balas abang Mel tenang.

terpinga-pinga si Jabir, setahu dia abang mel tak suka orang bahasakan dirinya dengan gelaran atuk sekalipun pak cik. pandangannya dialih ke arah sarip seraya mencari kepastian.

“Deli tu memang cucu dia lah!” ujar Sarip sehampir berbisik bagaikan memahami keterpingaan si Jabir. jabir baru tiga minggu bersama-sama dengan kumpulan nelayan tu, sebelum ni dia bekerja di kilang tembakau datuk Ajiji tapi pendapatannya tak seberapa, Jabir mahu kawin, jadi dia sanggup ke laut walaupun kerjanya lebih bahaya tetapi potensi pulangannya lebih lumayan. demi cintanya pada Kuntum, Jabir sanggup berbuat apa saja.

“hmmm…berapa jauh korang ke laut semalam? kat sini tak ujan pun!” tanya abang mel kepada cucunya.

“dalam 11 batu”

“huh takpelah, Joji, bagi aku tenggiri tu lima ekor” abang mel sekali lagi membuktikan kehebatannya memoncongkan bibir.

“ewah! rokok tadi pun tak bayar lagi, ni nak pesan itu ini la pulak” balas Joji membikin panas.

“heheh, ko ni macam tak biasa pulak, nanti abis kat sini turunla ke kedai, aku belanja makan, aku bayar sekali la nanti” ujar abang Mel tersengih-sengih, Deli yang berdiri di sebelah abang mel pun tumpang sengih.

puk! satu sekehan kuat bersulam kasih sayang hinggap di kepala Deli.

“sengih-sengih, gi amik ikan tu, antar gi kedai aku” deli akur dengan arahan atuknya.

selesai bebasa-basi dengan Joji dan budak-budaknya mel dan deli pun perlahan menapak pulang ke kedai. oleh kerana deli lebih muda dari mel maka lima ekor tenggiri itu pun di pikulnya. walaupun kurang keikhlasan tapi deli masih lagi tahu menghormati orang tua. itu adab turun temurun yang masih dipegang mereka.

1. Abang Mel

kisah kita bermula pada suatu malam yang kenkononnya agak damai dan tenang, burung hantu bertegur gembira sesama sendiri, masa depan anak anak tupai bakal di gelapkan mereka. bulan dilangit nampak terang walaupun sekali sekala awan awan tebal cuba untuk menggelapkan suasana.

ditepi sebatang sungai terkelibat satu lembaga seakan manusia bertelekuk menekan sesuatu di tanah, sekejap mencium, sekejap menekan, sekejap mencium, sekejap menekan. ritual aneh itu berterusan untuk seketika.

“oi! budak! oi! budak” suara garau menerkah-nerkah mematikan sahutan galak burung burung hantu tadi. tangannya galak menghenyak ke bawah.

“oi! sedarlah!!” kali ini dilempangnya wajah empunya tubuh yang masih kaku tersadai. masih tiada reaksi. dia tunduk sekali lagi untuk memberi bantuan pernafasan dan sehampir mulutnya menepati sasaran…

dusyum!! satu hentakan kepala lutut tepat membenam dadanya.

“arrrrrggghhh!!!, tua hodooohhh!!!” jerit budak yang pengsan tadi, dah tersedar pun. tangannya cepat disilangkan memeluk tubuh menutupi dadanya yang tak berbaju.

“hah! sedar pun, ingatkan dah nak mampus tadi” balas orang tua itu kasar, menahan sakit di dadanya. geram, menyesal, niat nak menolong bala pulak dibalasnya tapi oleh kerana dia seorang tua yang baik hati, tindakan budak tu dimaafkan.

“engkau lemas, kalau tak kerana aku nak terkencing dah tentu engkau dah mati” kata orang tua tersebut menjelaskan keadaan. budak tadi masih lagi tercungap cungap mencari nafas.

“tuih! tuih!” mulutnya digosok kasar dengan lengannya, imaginasinya laju membayangkan aksi yang telah berlaku, seketika dia tertunduk lemah, mindanya menerawang…

“a…ku… ter…noda!” air mata meleleh laju membasahi pipinya, apa yang dituturkan orang tua itu langsung tak sampai ke pendengarannya.

“…nasib baik aku perasan ada benda terapung dalam su…” katanya terhenti tatkala dia perasan yang dia bercakap seorang diri, budak tu masih terdiam tertunduk meratap, urat dahi orang tua tu menegang, malu, geram apabila tidak diendahkan.

“oooiii!!! kau dengar tak apa yang aku cakap ni !!?” satu tendangan mantap hinggap dibahu budak tadi mengakibatkan dia tergolek beberapa meter.

“engkau lemas! aku selamatkan engkau bodoh!” sekali lagi terkah orang tua itu kasar, tekanan darahnya naik sedikit, tapi sekali lagi oleh kerana dia seorang yang baik hati, budak itu dimaafkannya.

“maaf saya atuk” sahut budak itu sambil menyapu tanah dibadannya lalu bangun untuk bersalam dengan orang tua itu.

pap! satu tepukan kasar hinggap dibelakang kepala budak itu.

“kurang hajar! panggil aku abang!”

“Hah!!?” dagu budak itu bagaikan menyentuh tanah. tekejut beruk dia dengan pernyataan orang tua itu. namun cepat-cepat dia menenangkan hatinya agar tidak menyinggung perasaan penyelamatnya itu.

“nah!” orang tua itu menghulurkan kain pelikat yang tadinya dijadikan kelubung menahan tubuhnya dari kesejukan.

“sapa nama engkau!?” tanya si tua. “aku Mel” tambahnya lagi memperkenalkan diri.

“nama?” budak itu tersentap, kaku seketika, mindanya berpusing ligat memikirkan namanya, peluh dingin menambah lagi kesejukan di wajahnya. tubuhnya masih terkaku. puas cuba memikirkan namanya tetapi gagal. “tak tahu…” balasnya panik dan lemah, “saya…tak ingat langsung”. macam macam perkara bermain di mindanya, pelbagai persoalan menghatui benaknya dan yang pastinya tidak satu perkara pun yang diingatinya sebelum diselamatkan orang tua itu.

“aik! nama sendiri pun tak ingat?”

“tak, at… bang! camne saya buleh ada kat sini pun saya tak ingat!” menampakkan panik diwajahnya.

“huh!” si tua mengeluh, memahami kerunsingan si budak itu. “takpa lah! nanti ingat la tu, kadang kadang benda benda camni boleh buat kita terkejut sampai hilang ingatan, nanti ingatlah tu” ujar abang Mel cuba menenangkan keadaan.

“buat masa ni aku panggil engkau Adi jelah” ujarnya lagi sambil menjeling kearah tulisan adidas yang tertera di seluar pendek budak itu.

“hmm…ok!”

“Jom! Kita kerumah aku dulu, engkau lapar tak?” tanya Mel tanpa mengharapkan jawapan lalu berdua duaan lah mereka meredah malam menuju ke destinasi yang dicadangkan.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Rumah “abang” Mel sebenarnya bukanlah rumah tapi lebih macam kedai makan dan seandainya kita pernah tengok rupa kedai2 makan kat kampung2 maka sesungguhnya rupa rumah itu sebijiklah dengan rupa kedai makan kat kampung, jadi kesimpulan mantiknya, rumah Abang Mel adalah sebuah kedai makan.

“tu kain kat tiang tu, pegi salin, ambik je baju kat sangkut belakang pintu tu, aku nak jerang air” terserlah kehebatan abang Mel menunjuk arah dengan bibirnya.

“kopi ke teh?” tanyanya lagi.

“tea please.” balas adi refleks.

“hah! teh?”

“ha ah, teh” adi sempat kepelikan dengan jawapannya, dia tahu tu bahasa inggeris tapi macam mana dia boleh berbahasa inggeris dia sendiri tak pasti.

“jaga-jaga, panas” abang mel hulurkan sebekas buluh bersaiz gelas kepada adi.

“mekasih at… bang” masih kekok menggelar lelaki lingkungan enam puluhan itu sebagai abang.

mereka minum di meja makan kedai abang mel, api pelita meliang liuk di tiang seri menerang suasana seadanya. perbualan mereka kosong, acapkali pertanyaan abang mel menghala kebuntuan, adi tak ingat langsung hal2 dirinya, malah kemana hendak dituju selepas ni pun dia tak tau.

adi kekok dengan suasana disitu, asing dan aneh, adi rasa anak matanya lebih biasa dengan cahaya yang lebih terang dari malap api pelita yang menjadi penyuluh ruang mereka. dari samar2 jarak yang tak seberapa dari situ dapat dilihat rumah2 lain juga bagai diterangi sumber cahaya yang sama, pelita yang apinya asyik meliang liuk, tak reti2 nak menyala diam2.

“kampung ni belum ada letrik ke bang?” terpacul soalan yang sedari tadi bermain dibenaknya.

“letrik?” muka abang mel keanehan, menampakkan kerut usia diwajahnya. tari api pelita melayang layang menyimbah muka tua itu.

“ha ah, letrik, lampu.” terang adi sahaya bergurau sambil tangan nya seolah2 sedang memasang bal lampu ke soketnya. dengan harapan tindakannya itu membantu pemahaman lelaki di hadapannya itu.

“dah basi ke teh ni!?” kerut di muka abang mel bertambah, matanya merenung air di dalam bekas minumannya.

“eh!” adi terkonpius.

“apa kau mabuk ke hape!?” tegas suara abang mel, dia memang tak suka dengan orang yang minum arak, pantang dia. “cakap benda ntah hape2” tambah si tua sambil menggeleng geleng kepalanya lalu bangun menuju ke dapur. dia kembali dengan sebuah dulang yang agak lusuh sifatnya dan di dalamnya dua ketul ubi kayu rebus lebih kurang saiz bekas minuman mereka.

malam semakin larut, perbualan diorang tidak lagi menyentuh perihal peribadi si Adi, abang mel banyak bercerita tentang kampung tersebut, tentang lokasinya, tentang pemerintahnya, tentang janda muda kegilaannya, tentang pendekar sepatu merahnya, tentang samseng kutu lautnya fuh! boleh tahan la abang mel ni kalau dah bercakap, tot tet tot tet macam keretapi peluru (bullet train) tak tahu bila nak berenti, masa berlalu tanpa disedari mereka. adi pula hanya mampu medengar, sekali sekala mulutnya ternganga, sekali sekala kepalanya tersengguk.

“bang, tadi tu bunyi ayam berkokok kan?” tanya adi yang kininya sudah terbaring di kerusi panjang meja makan tersebut. otaknya sudah lama kaku, tersangkut (hang) dan mungkin juga sudah berasap, ya! asap hitam kelabu. urat-urat dahinya tegang. kalaulah dia tidak terhutang nyawa pada abang mel rasanya sudah lama mulut orang tua itu ditenyehnya. nota untuk diri dan kengkawan; malam adalah waktu tidur. harap maklum.

“eh! ha ah! ye kot!” abang mel tersentap, masa berlalu begitu pantas rasanya, sudah lama dia tidak berbual sebegitu, adi bagaikan rahmat baginya, tempat melepaskan gian untuk bercerita, terkenang hayat mudanya mengikut kumpulan pelipur lara. tersenyum dia sorang sorang.

“hmm..aku nak ke kuala, tengok orang naik ikan, nak ikut tak?” tanya abang mel pada adi yang pura-pura tidak dengar. abang mel faham, budak tu mesti penat, yelah, kelemasan dan hampir mati, banyak guna tenaga tu.

“huh! tak nak tak pe lah, gi masuk tidur dalam tu, nanti pagi penuh orang kat kedai ni” tambahnya lagi sambil memuncungkan mulut, menunjuk ke bilik di tepi dapur kedai.

adi bingkas bangun lalu berjalan sambil matanya separuh tertutup, lega hatinya yang kini bebas dari cengkaman abang mel.

puf! api rokok daunnya dinyalakan dan perlahan abang Mel meninggalkan kedai makannya menghala ke kuala.